Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Pakistan bergelap, bekalan elektrik terjejas

    ISLAMABAD, 23 JAN – Pakistan dilanda kegelapan pada awal pagi hari ini selepas sistem penghantaran bekalan elektrik mengalami kerosakan menyebabkan gangguan berlaku di seluruh negara.

    “Gangguan bekalan ini disebabkan oleh penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa yang mengakibatkan kerosakan besar,” menurut akaun Twitter Kementerian Tenaga hari ini.

    Kerja-kerja penyelenggaraan sistem sedang giat dijalankan, lapor Agensi Akhbar Jerman.

    Menteri Tenaga, Khurram Dastagir memberitahu media tempatan kerja-kerja membaiki pulih mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.

    Tanda pagar #poweroutage menjadi trend di media sosial dengan beberapa pihak menganggap kerajaan campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri Shehbaz Sharif bertanggungjawab atas gangguan itu.

    Gangguan bekalan elektrik itu antara yang paling teruk pernah dialami Pakistan kerana menjejaskan hampir kesemua bandar utama di seluruh negara termasuk Islamabad. – Bernama

    Menara elektrik voltan tinggi mengalami gangguan di seluruh Pakistan disebabkan oleh kerosakan frekuensi sistem. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...