Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Clark mendahului di Terbuka Kanada

    TORONTO, KANADA, 10 JUN – Wyndham Clark melakukan pukulan tujuh-bawah-par 63 untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan pertama dalam Terbuka Kanada RBC di Toronto, kelmarin.

    Pemain berusia 28 tahun dari Amerika Syarikat, mengintai kemenangan Jelajah PGA pertamanya dalam lima tahun selepas menjadi pemain profesional, membuat tujuh pukulan birdie dalam pusingan bogey-free di Padang Golf St George.

    Pukulan tersebut sudah cukup baik untuk mendahului satu pukulan mengatasi Matt Fitzpatrick dari England, pemain yang berjaya melakukan enam-bawah par 64.

    Fitzpatrick terlepas kedudukan untuk berkongsi pendahuluan selepas membuat bogey kelima pada par keempat di lubang keempat.

    “Pada tahun ini, saya berjaya melepasi beberapa rintangan dan bermain dengan baik,” kata Clark selepas perlawanan tersebut.

    Aksi Wyndham Clark membuat pukulannya dalam pusingan pertama Terbuka Kanada RBC di Padang Golf St George. – AFP

    “Saya berharap agar minggu ini kami dapat meneruskan dengan keputusan seperti itu dan mendahului dalam Terbuka AS minggu hadapan serta sepanjang musim panas ini. Berasa bagus dengan prestasi permainan saya,” katanya lagi.

    Sementara itu, Doug Ghim dan Harold Varner III, berada di kedudukan ketiga dengan lima-bawah-par.

    Selain itu, Rory McIlroy dari Ireland Utara – pemenang pertandingan pada 2019 dan juara bertahan itu mengetuai kumpulan empat pemain untuk mendapatkan empat-bawah-par selepas melakukan 66 pukulan termasuk dengan enam birdie dan dua bogey.

    “Permulaan yang baik,” kata McIlroy.

    “Secara keseluruhannya, saya berasa sangat gembira dengan permulaan minggu ini, terutama sekali selepas kekecewaan pada minggu lalu di Memorial.

    “Perasaan teruja kerana dapat bangkit dan meraih skor yang bagus,” tambahnya.

    Acara Jelajah PGA yang berlangsung hari ini, berdepan dengan keadaan huru-hara dalam dunia sukan golf berikutan dengan pelancaran Siri Golf LIV di luar London.

    Menurut kenyataan daripada pihak Jelajah PGA bahawa seramai 17 pemain telah mendaftarkan diri untuk menyertai siri tersebut dan sekarang mereka telah diharamkan menyertai pertandingan PGA. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...