Thursday, May 2, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Dek Wan juarai GP olahraga para dunia

    KUALA LUMPUR, 7 FEB – Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan masih memiliki kepantasan apabila berjaya merangkul emas acara 100 meter, T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia, semalam.

    Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil ‘Dek Wan’ merekodkan masa 12.51 saat untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04 saat dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunisia. Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69 saat.

    Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100meter T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67 saat.

    Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28 saat manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09 saat.

    Kejohanan yang bermula semalam akan berakhir esok. – Bernama

    Reaksi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi atau Dek Wan ketika memenangi pingat emas ketika kejohanan di Rio Brazil pada 2016. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...