Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI – Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.

    Vunagi berkata Manele mengalahkan ketua pembangkang Matthew Wale dengan memperoleh 31 undi berbanding 18 undi yang diterima pencabarnya dalam pengundian secara rahsia yang diadakan pada sebelah pagi.

    Manele akan mengambil alih jawatan dari Manasseh Sogavare selepas pemimpin itu pada Isnin mengumumkan untuk menarik diri daripada bertanding bagi penggal baharu. – Bernama

    Perdana Menteri Kepulauan Solomon yang dipilih Jeremiah Manele bercakap semasa sidang media di Honiara, Kepulauan Solomon Khamis, 2 Mei 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...