Tuesday, May 14, 2024
33.7 C
Brunei

    -

    Ditipu pelaburan tidak ujud, kontraktor wanita rugi lebih RM416,000

    KANGAR, 24 NOV – Seorang kontraktor wanita mengalami kerugian RM416,772 selepas dipercayai ditipu sindiket pelaburan tidak wujud melalui laman sosial Facebook.

    Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kangar, Malaysia menerima laporan daripada kontraktor berumur 48 tahun itu semalam.

    “Mangsa melihat satu iklan di laman sosial Facebook dan telah menekan satu pautan yang diberikan melalui laman sosial tersebut. Mangsa kemudiannya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp terdiri daripada ahli sindiket pelaburan tidak wujud.

    “Mangsa kemudiannya berinteraksi melalui aplikasi WhatsApp dan telah tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan itu. Mangsa ditawarkan satu pelaburan bermodal rendah iaitu sebanyak RM300 dan akan mendapat pulangan sebanyak RM88,000 dalam masa satu hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Yusharifuddin berkata mangsa telah membuat 80 kali transaksi wang dari tempoh 17 Mei hingga 16 Ogos 2023 melibatkan 32 akaun bank.

    Bagaimanapun, mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan daripada pelaburan yang ditawarkan itu.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

    “Polis menasihati orang ramai agar jangan mudah percaya dengan sebarang tawaran pelaburan tanpa membuat semakan dan penelitian. Berhati-hati apabila melihat tawaran pelaburan yang menjamin pulangan tinggi,” katanya. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Papan iklan runtuh bunuh 3, cederakan 59 ketika hujan lebat di...

    NEW DELHI, 14 MEI - Sebuah papan iklan telah runtuh dan membunuh tiga orang dan mencederakan 59 di ibu kota kewangan India, Mumbai, dalam...