Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Dron era Soviet terhempas di Zagreb

    ZAGREB, 11 MAC – Peranti terbang tidak dikenali, yang dilaporkan media tempatan mungkin dron era Soviet, terhempas di ibu negara Croatia, Zagreb kelmarin, kata polis.

    Beberapa kenderaan yang diletakkan rosak dalam kemalangan yang berlaku sekitar sembilan malam waktu tempatan kelmarin, tetapi tiada laporan mengenai sesiapa yang cedera, kata kenyataan kementerian dalam negeri hari ini.

    Polis bergegas ke tempat kejadian selepas penduduk melaporkan bahawa mereka “merasakan letupan didahului dengan jatuhnya objek dari langit”, kata kenyataan itu.

    Di taman berhampiran tasik Jarun, kira-kira enam kilometer dari pusat bandar, polis menemui sebuah kawah dan dua payung terjun berhampiran, tambahnya.

    Media tempatan memetik pakar penerbangan tentera sebagai berkata bahawa peranti yang terhempas itu mungkin merupakan dron peninjau Tu-141 era Soviet yang digunakan oleh Ukraine.

    Polis menutup tapak dan menghentikan sementara pengangkutan awam di kawasan itu.

    Zagreb terletak kira-kira 550 kilometer jarak penerbangan dari sempadan dengan Ukraine, yang diceroboh Rusia pada 24 Februari. – AFP

    Gambar menunjukkan kawah di atas tanah selepas objek terbang terhempas kelmarin di pinggir ibu kota Croatia, Zagreb. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...