Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Dua ketua masyarakat Rohingya dibunuh

    COX’S BAZAR, BANGLADESH, 16 OKT – Sekumpulan perusuh menetak hingga mati dua orang ketua masyarakat Rohingya di Bangladesh, menurut kenyataan polis hari ini, ketika keselamatan semakin buruk di kem yang menempatkan hampir satu juta orang pelarian.

    Bangladesh telah menempatkan pelarian Rohingya di kawasan kem yang luas sejak mereka melarikan diri daripada tindakan keras tentera di Myanmar pada 2017 dan kini dalam siasatan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

    Penempatan itu menyaksikan keganasan yang semakin meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan, dengan kumpulan-kumpulan penjenayah cuba mengawal kawasan bagi penyeludupan dadah dan menakut-nakutkan ketua masyarakat dengan pembunuhan dan penculikan.

    Jurucakap polis, Faruk Ahmed berkata dua orang ketua masyarakat Rohingya dibunuh lewat kelmarin di Kem 13, dan menggelar pembunuhan itu sebagai salah satu serangan terburuk sejak beberapa bulan kebelakangan.

    “Lebih belasan orang penjahat menetak Maulvi Mohammad Yunus, 38, yang merupakan ketua bagi Kem 13. Mereka juga membunuh Mohammad Anwar, 38, seorang lagi ketua kem. Yunus mati di tempat kejadian manakala Anwar meninggal dunia di hospital,” katanya.

    Pegawai kanan dari unit elit polis yang ditugaskan bagi keselamatan di khemah pelarian menyalahkan pembunuhan itu ke atas Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA), kumpulan pemberontak yang melawan tentera di Myanmar.

    “Pembunuhan ini dirancang oleh ARSA. Pertempuran dalaman di Myanmar memberi kesan kepada keadaan keselamatan di kem pelarian,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...