Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Ekonomi Australia kekal kukuh

    CANBERRA, 19 JAN – Bendahari Australia, Jim Chalmers berkata ekonomi negara itu berada dalam kedudukan kukuh walaupun terdapat penurunan mengejut dalam jumlah pekerjaan, lapor Xinhua.

    Menurut data tenaga buruh Disember yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Australia (ABS) semalam, jumlah pekerjaan menurun sebanyak 15,000 berbanding November.

    Ahli ekonomi mengunjurkan jumlah pekerjaan akan berkembang kira-kira 22,000. Walaupun berlaku kemerosotan jumlah pekerjaan, kadar pengangguran rasmi kekal stabil pada 3.5 peratus.

    Mengulas data itu, Chalmers berkata Australia sedang memasuki tempoh kegawatan ekonomi global dalam “kedudukan utuh sebenar.”

    “Kami mewujudkan 212,000 pekerjaan di bawah kepimpinan kerajaan Buruh Albanese yang agak baharu, yang meletakkan kami pada kedudukan yang baik,” katanya kepada pemberita.

    Chalmers bagaimanapun memberi amaran bahawa kerajaan menjangkakan penurunan harga global dan kadar faedah yang tinggi akan memperlahankan ekonomi Australia pada 2023.

    “Kami menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan akan datang seperti yang kami jelaskan dalam bajet pada Oktober,” katanya.

    “Perbendaharaan mengunjurkan pertumbuhan pekerjaan akan berkurangan dan kadar pengangguran meningkat sedikit, namun masih kekal pada paras terendah, yang meletakkan kami dalam kedudukan yang baik ketika kami berhadapan ekonomi global yang perlahan.”

    Data ABS menunjukkan waktu bekerja 606,000 warga Australia dikurangkan akibat sakit pada bulan Disember, 50 peratus lebih tinggi berbanding purata jangka panjang.

    Jumlah pekerja yang tidak bekerja untuk tempoh masa seperti yang mereka mahu meningkat kepada 6.1 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...