Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kapit King Virallicious terima sambutan luar biasa

    KUALA LANGAT – Kedatangan Tahun Arnab sempena Tahun Baharu Cina (TBC), membawa tuah kepada pengusaha kuih kapit, Kapit King Virallicious apabila jumlah jualannya melonjak secara mendadak ekoran sambutan luar biasa diterima daripada pelanggan.

    Pengusahanya Noraisah Ahmad, 41, berkata dia mula menerima tempahan kuih tersebut sejak November lalu dan kini, sebanyak 80,000 balang berjaya dijual ke seluruh negara.

    Katanya hasil jualan kuih tersebut meningkat sekali ganda berbanding musim sambutan TBC pada 2019, dan ketika tempoh pandemik COVID-19, yang menyaksikan jualan kuih itu agak kurang memberangsangkan.

    “Pada hari-hari biasa (luar musim perayaan), kami mampu menghasilkan sebanyak 3,000 balang kuih kapit sehari.

    “Namun, disebabkan permintaan tinggi daripada pelanggan, kami mengaji 10 pekerja separuh masa untuk membantu 15 pekerja sedia ada bagi meningkatkan penghasilan kepada 4,000 balang sehari,” katanya kepada Bernama.

    Sementara itu Noraisah berkata kebanyakan pelanggan yang terdiri daripada kaum Cina itu membeli kuihnya secara borong untuk dijual semula memandangkan kuih kapit sinonim dijadikan kudapan wajib untuk tetamu sempena TBC.

    Bekas guru itu berkata dirinya begitu teruja dengan sambutan luar biasa yang diterimanya walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ketika ini.

    Noraisah memulakan perniagaannya dari rumah pada 2014 menggunakan mesin pembuatan kuih pemberian arwah ibunya yang sebelum ini mengusahakan perniagaan yang sama.

    Beliau kini mempunyai kedai lima pintu di Sijangkang yang beroperasi sejak 2016 dan mempunyai ejen jualan mencecah lebih 300 orang di seluruh negara. – Bernama

    Pekerja di Kapit King Virallicious Telok Panglima Garang sibuk menyiapkan tempahan kuih kapit menjelang TBC. – Bernama
    Antara kuih kapit pelbagai perisa yang terdapat di Kapit King Virallicious Telok Panglima Garang. – Bernama
    Pekerja sibuk menyiapkan tempahan kuih kapit. – Bernama
    Noraisah Ahmad menunjukkan produknya ketika ditemui di Telok Panglima Garang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...