Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Facebook kehilangan pengguna, keuntungan Meta merosot

    SAN FRANCISCO, 3 FEB – Firma induk Facebook, Meta kelmarin telah melaporkan kemerosotan dalam keuntungan yang lebih ketara daripada jangkaan, penurunan jumlah pengguna dan ancaman kepada perniagaan iklannya yang menjunamkan saham sebanyak 22 peratus dalam dagangan selepas waktu kerja.

    Pasaran merudum telah pun menghukum syarikat kukuh era pandemik, Netflix dengan keputusan yang mengecewakan, manakala Meta mengalaminya selepas keuntungan suku tahunan sebanyak AS$10.3 bilion dan peningkatan dalam pengguna harian yang tidak mencapai jangkaan.

    Namun platform Facebook itu juga melaporkan telah kehilangan kira-kira satu juta pengguna harian di seluruh dunia antara dua suku terakhir 2021, jumlah kecil pada aplikasi dengan hampir dua bilion pengguna harian, tetapi isyarat itu berpotensi membimbangkan.

    Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Dave Weiner memberitahu penganalisis bahawa peningkatan pengguna dipengaruhi oleh “kejutan” termasuk peningkatan yang tidak seimbang di Asia-Pasifik semasa pandemik yang semakin berkurangan dan peningkatan harga data mudah alih di India.

    “Selain faktor ini, kami percaya perkhidmatan kompetitif memberi kesan negatif kepada pertumbuhan, terutamanya dengan pengguna yang lebih muda,” tambah Weiner.

    Eksekutif syarikat telah berulang kali merujuk kepada persaingan bukan sahaja dari TikTok tetapi juga dari rangkaian lain, sementara mereka menghadapi banyak siasatan dan aduan penyalahgunaan penguasaan.

    Penganalisis menjangka sebanyak 1.95 bilion pengguna aktif harian di Facebook, tetapi Meta melaporkan 1.93 bilion, petunjuk utama trajektori pertumbuhan untuk syarikat yang didorong oleh orang yang memilih untuk berinteraksi dengan platformnya.

    Daripada segi kewangan, Meta mencapai perolehan sebanyak AS$33.67 bilion, sejajar dengan ramalannya, tetapi ia memperoleh keuntungan bersih sebanyak AS$10.3 bilion pada suku keempat, kurang lapan peratus dari tahun lalu.

    Sebagai penjelasan untuk prestasi yang mengecewakan, Meta menyatakan persaingan dan kesukaran rantaian bekalan yang dialami oleh pelanggannya, iaitu pengiklan. – AFP

    Meta melaporkan mereka mengalami kemerosotan dalam keuntungan yang lebih ketara. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...