Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Filipina kini dalam ‘risiko rendah’ COVID-19

    MANILA, 15 FEB – Filipina kini ‘berisiko rendah’ COVID-19 apabila lebih ramai penduduknya menerima suntikan vaksin dan kemasukan ke hospital turut menyaksikan penurunan, kata jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, hari ini.

    Negara itu minggu lalu membuka semula sempadan kepada pengembara asing buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, meskipun beberapa sekatan kesihatan kekal ketika kempen untuk pilihan raya pada 9 Mei ini bermula.

    “Wilayah ibu negara dan seluruh Filipina kini mempunyai klasifikasi berisiko rendah,” kata Karlo Nograles kepada pemberita, menekankan pertumbuhan kes, kelaziman dan kapasiti sistem kesihatan.

    Selepas lonjakan virus Omicron dan Delta yang sangat mudah berjangkit membawa kepada sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, kadar penggunaan katil hospital juga berkurangan kepada kira-kira 30 peratus.

    Menurut pegawai kesihatan, purata kes adalah kira-kira 3,600 setiap hari minggu lalu apabila bilangan orang yang diberi vaksin sepenuhnya meningkat kepada kira-kira 56 peratus daripada keseluruhan populasi. – AFP

    Gambar fail reaksi seorang budak lelaki di sebelah lelaki memakai kostum adiwira Ironman sebelum menerima vaksin COVID-19 Pfizer bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun di San Juan City, pinggir bandar Manila. Dengan kadar pemvaksinan meningkat, Filipina kini berada dalam risiko rendah COVID-19, kata jurucakap presiden negara itu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...