Saturday, May 11, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Filipina tangguh sekolah secara bersemuka kerana cuaca panas melampau dan mogok

    MANILA, 28 APRIL – Filipina akan menangguhkan kelas secara bersemuka di semua sekolah awam selama dua hari kerana cuaca panas melampau dan mogok pemandu jip di seluruh negara, kata jabatan pendidikan hari ini.

    “Memandangkan ramalan indeks haba terkini… dan pengumuman mogok pengangkutan di seluruh negara, semua sekolah awam di seluruh negara hendaklah melaksanakan kelas tak segerak/pembelajaran jarak jauh pada 29 dan 30 April, 2024,” kata jabatan itu di Facebook.

    Cuaca panas luar biasa telah melanda Filipina selama berminggu-minggu, mendorong beribu-ribu sekolah beralih kepada pembelajaran jarak jauh.

    Jabatan itu menyelia lebih daripada 47,000 sekolah di seluruh negara kepulauan itu.

    Banyak sekolah tidak mempunyai penghawa dingin, menyebabkan pelajar kepanasan dalam bilik darjah yang sesak dan mempunyai pengudaraan yang buruk.

    Beberapa pemandu jip juga bercadang untuk mengadakan mogok selama tiga hari di seluruh negara bermula esok bagi membantah rancangan kerajaan untuk menghapuskan kenderaan yang digunakan oleh ramai warga Filipina untuk berulang-alik ke tempat kerja dan sekolah. – AFP

    Seorang lelaki mandi dengan hos semasa cuaca panas di Manila pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...