Sunday, May 12, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Hafidz Roshdi dihina kerja sebagai rakan penghantar

    Pelakon Malaysia, Hafidz Roshdi mendedahkan beliau kini sudah mempunyai pekerjaan baharu iaitu sebagai rakan penghantar Lalamove.

    Memetik laporan mStar, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, bagaimanapun kesal apabila ada segelintir pihak menghina dengan pekerjaannya itu.

    “Saya gembira sahaja kerja dengan Lalamove tetapi saya terbaca ada pihak yang menghina kerja saya ini,” katanya.

    Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada hari ini.

    Dalam pada itu, Hafidz memohon doa orang ramai agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat bekerja untuk memberikan nafkah yang halal buat anak-anaknya.

    “Apa pun doakan saya terus sihat untuk dapat berkhidmat demi pendapatan yang halal dan nafkah anak-anak,” ujarnya.

    Sebelum ini, bekas isteri Hafidz iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pernah mendedahkan aktor tersebut culas membayar nafkah buat kedua-dua anak mereka iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4 tahun.

    Kata Shuhada, Hafidz hanya memberi nafkah sebanyak RM100 untuk setiap orang anak mereka.

    Bagaimanapun pada Mac lalu, Shuhada memaklumkan Hafidz sudah pun menaikkan jumlah bayaran nafkan untuk anak mereka sebanyak RM200 sebulan.

    Pun begitu, kata Shuhada bekas suaminya itu masih lagi tidak memberikan komitmen sepenuhnya dan culas membayar nafkah.

    Untuk rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Shuhada pada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 27 Julai tahun lalu.

    Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. – Agensi

    Hafidz gembira dengan pekerjaan baharunya sebagai sebagai rakan penghantar Lalamove. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...