Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    G-Dragon tinggalkan YG Entertainment

    Keputusan penyanyi Korea, G-Dragon meninggalkan YG Entertaiment selepas 17 tahun membina karier bersama agensi itu menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat.

    Sports Seoul bagaimanapun mendedahkan G-Dragon membuat keputusan itu selepas berasa kecewa dengan cara agensi tersebut mengendalikan kontroversi tuduhan penyalahgunaan dadah melibatkannya baru-baru ini.

    Anggota kumpulan Bigbang itu kecewa dengan cara YG Entertainment menangani kontroversi itu sehingga menyebabkan imejnya tercalar.

    Malah pihak pengurusan seolah-olah tidak peduli dengan tuduhan dilemparkan terhadapnya sehingga kes berkenaan bertukar kecoh dan mendapat perhatian luar biasa.

    Sebaliknya, syarikat pengurusan baharu G-Dragon iaitu Galaxy Corporation yang menghulurkan bantuan dalam memastikan kes itu diurus dengan baik selain memberi nasihat undang-undang kepadanya.

    Pada Isnin lalu, YG Entertainment mengumumkan G-Dragon atau Kwon Ji Yong bukan lagi artis di bawah naungan mereka walaupun timbul desas-desus mengatakan dia akan menyambung kontrak bersama agensi itu.

    Menurut laporan mStar, penyanyi berusia 35 tahun itu sebelum ini dipanggil pihak polis bagi menjalankan siasatan selepas tular dakwaan dia mengambil barang terlarang.

    G-Dragon memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dan pada 21 November hasil ujian makmal mendapat semua sampel yang diambil adalah negatif. – Agensi

    G-Dragon kecewa dengan cara pengurusan YG Entertainment menguruskan kes dadah melibatkannya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda