Friday, May 17, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    G7 perlu ambil tindakan lebih berani tangani pemanasan global

    TURIN, 29 APRIL – Ketua iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Simon Stiell, hari ini memberitahu negara-negara G7 adalah ‘karut’ untuk mendakwa mereka tidak boleh mengambil tindakan lebih berani untuk menangani pemanasan global.

    G7 mengadakan mesyuarat politik besar pertama mengenai iklim sejak rundingan tahunan PBB di Dubai November lalu.

    “Saya sering mendengar dalam forum seperti ini, ‘kita tidak mungkin bergerak terlalu jauh ke hadapan, sekiranya kita tidak menentukan keputusan rundingan’ di peringkat PBB,” beritahu Stiell pada mesyuarat menteri alam sekitar di Turin.

    Negara perindustrian Kumpulan Tujuh, termasuk Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat, akan bertemu di bandar utara Itali itu selama dua hari untuk perbincangan alam sekitar dan iklim.

    Stiell berkata ‘tiada sebab’ mengapa ekonomi maju terbesar di dunia ‘tidak boleh bekerjasama untuk mengambil langkah yang lebih berani,’ yang akan ‘merangsang apa yang mungkin dicapai dalam rundingan iklim global.’

    “G7 mendahului dari hadapan – terutamanya melalui pengurangan pelepasan dan kewangan iklim yang lebih besar dan lebih baik tahun ini – bukan sahaja boleh dilakukan sepenuhnya. Ia penting sekiranya kami ingin elak krisis ekonomi global” katanya.

    Perjanjian Paris 2015 telah menyaksikan negara-negara bersetuju untuk menghadkan pemanasan global ‘jauh di bawah’ 2 darjah Celsius melebihi zaman praindustri – dengan had lebih selamat sebanyak 1.5 darjah Celsius jika boleh. – AFP

    Bendera negara-negara G7 digantung di pintu masuk Reggia Reale (Istana Venaria) yang menganjurkan Iklim G7 di Venaria Reale, berhampiran Turin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...