Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Remaja berkomplot beli senjata api lepas insiden tikam

    MELBOURNE, 29 APRIL – Empat remaja berkomplot untuk membeli senjata api untuk menyerang orang Yahudi beberapa hari selepas seorang biskop ditikam di sebuah gereja Sydney, menurut kenyataan polis yang dipetik dalam laporan berita hari ini.

    Lima remaja, berumur 14 hingga 17 tahun, didakwa di mahkamah Sydney pada Khamis lalu dengan pelbagai kesalahan termasuk bersubahat untuk terlibat atau merancang tindakan pengganas.

    Polis mendakwa mereka semua ‘berpegang kepada ideologi pelampau yang bermotifkan agama’ dan merupakan sebahagian daripada rangkaian yang melibatkan seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang didakwa menikam Biskop Assyria, Mar Mari Emmanuel pada 15 April lalu.

    Menurut laporan fakta polis yang dikemukakan kepada Mahkamah Kanak-kanak Sydney, dua daripada defendan yang didakwa minggu lalu membincangkan pembelian senjata api pada 19 April, pada hari yang sama penyerang biskop itu didakwa, lapor akhbar News Corp Australia.

    Pemilikan senjata api dikawal dan disekat di Australia di bawah undang-undang negara yang ketat, tetapi terdapat pasaran gelap untuk senjata api di Sydney.

    Empat daripada kanak-kanak lelaki yang didakwa minggu lalu- seorang 15 tahun, 16 tahun dan dua 17 tahun – didakwa menggunakan aplikasi pesanan rahsia, Signal, untuk merancang serangan mereka.

    Bagaimanapun, unit media Pasukan Polis New South Wales memberitahu The Associated Press pada hari ini kesahihan laporan pembelian senjata api itu tidak dapat disahkan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia

    BEIJING, 17 MEI - Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing...