Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Gangguan sistem di beberapa pintu masuk Singapura

    SINGAPURA, 31 MAC – Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura mengumumkan pihaknya ki-ni sedang mengalami gangguan sistem di beberapa pusat pemeriksaan penumpang.

    “…Kelewatan dijangka dan pengembara dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, jika perlu,” katanya dalam nasihat perjalanan setakat 12:03 tengah hari yang disiarkan di Facebook ICA hari ini.

    Menurut agensi itu pelancong perlu merujuk maklumat di Facebook ICA untuk mendapatkan lebih banyak kemas kini rasmi.

    “ICA kesal atas kesulitan yang dialami oleh pengembara dan memohon pengembara memahami dan bersabar,” menurut agensi itu.

    Rakaman terkini di kedua-dua Pusat Pemeriksaan Tanah Tuas dan Woodlands melalui laman sesawang onemotoring.lta.gov.sg menunjukkan trafik menuju ke republik itu mengalami kesesakan.

    Sementara itu, menurut Lapangan Terbang Changi, memandangkan berlaku gangguan pada sistem imigresen, penumpang dinasihatkan untuk berada di lapangan terbang lebih awal.

    Terdahulu, menurut Lapangan Terbang Changi, gangguan sistem imigresen telah menjejaskan lorong auto untuk penumpang yang berlepas dan tiba di semua terminal.

    “Penumpang harus menjangkakan kelewatan dan berjumpa dengan kakitangan kami jika memerlukan sebarang bantuan,” menurut lapangan terbang itu.

    Dalam kemas kini pada 2:03 petang, ICA berkata tiada gangguan pada pelepasan imigresen di pintu masuk laluan laut. – Bernama

    Gambar fail yang diambil pada 13 September 2022 menunjukkan penumpang tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...