Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Golongan mualaf terus diberi perhatian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Bagi mengambil peduli kebajikan berbentuk fizikal, moral dan spiritual mualaf untuk menjamin kehidupan mereka yang lebih baik dan sempurna, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan kerjasama APG Brunei di bawah naungan Anthony Tours and Travel Agency Sdn Bhd telah menghulurkan sumbangan kepada seorang mualaf.

    Penyerahan sumbangan kepada Dayang Siti Aminah binti Abdullah @ Aminah anak Egoh telah diadakan di kediamannya di Kampung Sungai Hanching, Jalan Muara, baru-baru ini.

    Hadir selaku ketua rombongan dan seterusnya menyempurnakan penyerahan sumbangan ialah Penolong Pengarah PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, dan Pengarah Urusan Anthony Tours and Travel Agency Sdn Bhd, Liu Shieh Ling.

    Sumbangan berbentuk keperluan asasi termasuk barangan peralatan rumah dan sekolah itu bertujuan untuk memeduli kesejahteraan fakir miskin dan mualaf serta sebagai amal jariah kepada golongan yang kurang berkemampuan.

    Ia juga merupakan satu bentuk dakwah berkesan dalam kalangan mualaf agar terus dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna, di samping aspek penglibatan bimbingan dan penghayatan agama Islam khususnya untuk saudara-saudara baharu di negara ini.

    Sehari sebelum majlis penyerahan tersebut, kerja-kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan kediaman penerima turut diungkayahkan bersama oleh para pegawai dan kakitangan dari PDI dan APG Brunei yang diketuai oleh Penyelia Pemandu Anthony Tours dan Travel Sdn Bhd, Awang Roslee bin Haji Abu Bakar.

    Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pembangunan Mualaf PDI, Dr Hajah Rohanita binti Haji Yaakub; Pengurus Komersial Anthony Tours and Travel Agency Sdn Bhd, Haji Omar Ali bin Haji Mohd Daud serta para pegawai dan kakitangan dari PDI dan APG Brunei.

    Gotong-royong yang diungkayahkan oleh pegawai dan kakitangan dari PDI dan APG Brunei sehari sebelum majlis penyerahan sumbangan diadakan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai semasa majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Kampung Sungai Hanching, Jalan Muara. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...