Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han Byul bakal nyanyi Winter Sonata versi keroncong

    Bakal terlibat dalam konsert Aspirasi Irama Keroncong yang bakal berlangsung Ogos depan, penyanyi asal Korea Selatan, Han Byul mula mempelajari seni nyanyian irama keroncong sejak dua bulan lalu sebagai persediaan.

    Han Byul atau Jang Han Byul, 32, berkata, dia tidak mengambil sebarang kelas sebaliknya belajar teknik nyanyian keroncong menerusi YouTube.

    Tambahnya, kebimbangannya kini adalah sebutannya berbunyi pelat namun sedang berusaha mengatasi masalah tersebut.

    “Saya tak pernah menyanyikan lagu keroncong, tapi saya sudah mula belajar sejak dua bulan lalu menggunakan lagu Cinta Abadi sebagai latihan.

    “Tapi saya sedikit bimbang dengan sebutan pelat tetapi saya akan melakukan yang terbaik dan saya akan berusaha keras. Saya anggap kalau ada bunyi Melayu mesti akan okay,” katanya kepada mStar.

    Han berkongsi perkara itu ketika ditemui sidang media Konsert Apresiasi Irama Keroncong yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

    Berkongsi lanjut mengenai konsert itu, Han Byul berkata, dia akan menyanyikan lagu Winter Sonata dalam versi Korea Selatan dan bahasa Melayu menggunakan irama keroncong.

    Katanya, rasa teruja terpilih menyertai konsert itu sama seperti peluang bertemu penyanyi pujaannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini. – Agensi

    Han Byul jalani latihan irama keroncong melalui YouTube. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda