Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hannah tak sedar alami keguguran

    Pelakon Hannah Delisha tidak menyedari dia mengalami keguguran kerana tidak menunjukkan sebarang simptom ketika kandungannya memasuki usia tiga bulan.

    Hannah atau Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, menjelaskan keguguran dialaminya diklasifikasikan sebagai ‘missed miscarriage’ dan hanya mengetahui janin dalam kandungannya sudah ‘tiada’ apabila melakukan imbasan di hospital.

    “Waktu gugur itu janin dalam kandungan saya berusia tiga bulan.

    “Gugur tiada simptom, tiada keluar darah atau rasa sakit. Maksudnya keguguran terlepas atau missed miscarriage,” katanya kepada mStar.

    Hannah berkongsi perkara itu ketika hadir ke program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor pada petang Sabtu.

    Hannah dan suami, Iman Shah reda belum ada rezeki timang cahaya mata. – mStar

    Gagal menahan air mata bercerita mengenai kegugurannya, Hannah dimaklumkan janin dalam kandungannya sudah tidak bernyawa ketika usianya lapan minggu.

    Katanya, dia dan suami Iman Shah pergi melakukan imbasan ketika kandungannya masuk minggu 13 namun doktor memaklumkan janinnya sudah tiada degupan jantung.

    “Suami sangat gembira sampai berdiri nak tengok imbasan tapi apabila doktor membuat imbasan kali kedua, dia meminta maaf sebelum memberitahu janin sudah tiada degupan jantung.

    “Peliknya, doktor menganggarkan kandungan saya sudah masuk usia 13 minggu tapi monitor menunjukkan saiz janin lapan minggu.

    “Doktor menjangkakan anak saya sudah meninggal dunia sejak minggu kelapan. Apa membuatkan saya down, rupanya sudah sebulan janin saya sudah tidak bernyawa,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda