Thursday, October 17, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanni menangis jadi mangsa buli

    Anggota NewJeans iaitu Hanni muncul sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) Seoul selepas mendakwa kumpulan itu menjadi mangsa buli.

    Hanni atau Pham Ngoc Han, 20, hadir memberi keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini tentang kumpulan itu dibuli dan diabaikan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu Hybe.

    Menurut mStar, Hanni mendakwa bahawa dia mempunyai bukti pekerja di agensi berkenaan membuli mereka malah Hanni dilihat mengalirkan air mata ketika bercakap di hadapan jawatankuasa tersebut.

    “Baru-baru ini saya mendengar pekerja Hybe mengutuk kami, malah pasukan perhubungan awam syarikat tersebut merendah-rendahkan kejayaan kami di Jepun.

    “Saya yakin Hybe membenci kami dan saya tak faham kenapa kami perlu melalui situasi itu.

    “Saya fikir mereka ingin jatuhkan kami memandangkan karier kami meningkat bukan hasil rancangan asal syarikat,” katanya.

    Dalam pada itu, Hanni berkata undang-undang tidak mampu menyelesaikan segala masalah, sebaliknya penyanyi itu memberitahu perasaan saling menghormati lebih
    penting untuk mengelakkan kes buli di tempat kerja.

    “Apa yang saya sedar ialah undang-undang bukanlah penyelesaian kepada semua masalah dunia.

    “Tetapi saya fikir, jika kita saling menghormati sesama manusia, tidak akan ada sebarang kes buli di tempat kerja,” jelasnya. – Agensi

    Hanni mendedahkan NewJeans menjadi mangsa buli oleh syarikat pengurusan mereka sendiri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda