MANCHESTER, 17 JAN – Dalam masa 12 minit, Amad Diallo menjaringkan hatrik untuk menyelamatkan Manchester United dari ketinggalan kepada kemenangan 3-1 menentang kelab bawahan Liga Perdana, Southampton kelmarin.
Skuad kendalian Ruben Amorim kelihatan hampir kalah kali keempat berturut-turut di tempat sendiri sebelum penyerang itu menghidupkan perlawanan di Old Trafford yang riuh rendah.
Dia menyamakan kedudukan pada minit ke-82 sebelum meletakkan United mendahului lapan minit kemudian dan akhirnya melengkapkan dengan bergaya dengan gol ketiga menjelang masa kecederaan.
Setelah beberapa siri penyelamatan daripada Onana, pelawat mendapat gol pada minit ke-43 selepas sepakan sudut oleh Matheus Fernandes telah ditanduk oleh Dibling dan bola masuk ke gawang selepas terkena belakang Ugarte.
United kemudiannya membina semangat walaupun menerima ancaman berterusan daripada Southampton.
Akhirnya pada minit ke-82 apabila Zirkzee menghantar bola kepada Amad dan dia berlari ke bahagian pertahanan sebelum merembat melepasi Aaron Ramsdale di gawang Southampton.
Tetapi dia belum selesai apabila lapan minit kemudian dia mendapat menyelesaikan hantaran daripada Christian Eriksen menghasilkan gol.
Seterusnya Amad memanfaatkan peluang daripada kesilapan pertahanan Southampton untuk melengkapkan hatriknya menjadikan United naik ke tangga ke-12. – AFP