Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hawa FT juara Liga Bola Sepak Belait

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 3 FEB – Setelah perlawanan berbulan-bulan menentang 11 pasukan lain, Hawa FT berjaya meraih gelaran juara dalam Liga Bola Sepak Daerah Belait selepas perlawanan akhir yang diadakan kelmarin.

    Perlawanan akhir liga menyaksikan Nelayan FT menentang Persatuan Bolasepak Daerah Belait (PBDB) Jr, di mana Nelayan FT mendahului dengan lima gol pada separuh masa pertama.

    Walaupun PBDB Jr berjaya menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua, ia masih tidak cukup untuk merapatkan jurang dengan Nelayan FT yang menang dengan keputusan akhir 6-1, sekali gus memastikan kedudukan kedua mereka di papan pendahulu.

    Presiden PBDB, Awang Morni bin Haji Zakaria, hadir menyaksikan perlawanan akhir serta menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan yang menang.

    Tiga pasukan teratas dalam liga termasuk Hawa FT yang memperoleh jumlah mata keseluruhan sebanyak 30 mata, serta Nelayan FT dan Liang Lumut Belait FT masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga di carta liga.

    Selain itu, Hawa FT juga menerima Trofi Pencabar sempena memperingati kejayaan mereka dalam liga tahun ini manakala Md Zahrizal bin Zamali daripada Nusantara FC menerima anugerah penjaring terbanyak setelah menjaringkan 17 gol sepanjang liga.

    Presiden PBDB bergambar ramai bersama pasukan Hawa FT. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda