Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hee Jin bayar bil makanan peminat di Sepanyol

    Baru-baru ini Allkpop melaporkan mengenai kisah tular seorang peminat yang telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ADOR, Min Hee Jin, di sebuah restoran Korea di Sepanyol.

    Momen tersebut kemudiannya dirakam menjadi sebuah webtoon yang kini tular secara meluas dalam talian.

    Menurut webtoon yang dimuat naik, peminat itu memberitahu Min Hee Jin bahawa dia adalah peminatnya, dan CEO tersebut mengucapkan terima kasih.

    Apabila peminat itu mendedahkan bahawa dia sedang belajar untuk menjadi seorang vokalis, Hee Jin memberi sokongan dan meminta peminat itu menghantar mesej secara langsung kepadanya di Instagram.

    Peminat itu juga mendedahkan ketika dia hendak membayar bil makanannya, kakitangan restoran memberitahu bahawa Hee Jin telah membayar bil tersebut.

    Peminat itu kemudiannya menghantar mesej kepada Hee Jin untuk membayarnya kembali, namun CEO itu menjawab, “Tidak perlu bayar balik kepada saya. Terima kasih kerana menyokong saya.” – Agensi

    Hee Jin memang seorang yang bersikap rendah hati. – The Korea Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda