Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hujan lebat, banjir di Tanzania ragut 58 nyawa

    DAR ES SALAAM, 15 APRIL – Hujan lebat dan banjir di Tanzania telah mengorbankan kira-kira 58 orang, termasuk kanak-kanak sejak awal April, kata jurucakap kerajaan, kelmarin.

    “Dari 1 hingga 14 April 2024, terdapat 58 kematian berpunca daripada hujan lebat, yang mencetuskan banjir,” kata Mobhare Matinyi dalam siaran akhbar, dengan menegaskan bahawa wilayah pantai negara Afrika Timur itu adalah antara yang paling teruk terjejas.

    April menandakan kemuncak musim hujan di Tanzania.

    “Kesan banjir yang serius juga dialami di kawasan pantai di mana 11 orang telah meninggal dunia setakat ini,” tambahnya.

    Sementara itu, kira-kira lapan orang murid sekolah maut Jumaat lalu selepas bas mereka terjunam ke dalam gaung dibanjiri di utara negara itu. Seorang sukarelawan dalam operasi menyelamat turut meninggal dunia.

    Lebih 10,000 isi rumah telah terjejas dan lebih 75,000 ladang telah rosak akibat banjir di kawasan pantai dan Morogoro yang terletak 200 kilometer di barat ibu negeri ekonomi Dar es Salaam, kata jurucakap kerajaan itu.

    Pakar meteorologi memberi amaran bahawa hujan bermusim tahun ini diburukkan lagi dengan fenomena cuaca El Nino. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...