Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL – Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang pegawai agensi cuaca pada hari ini.

    Sapporo, bandar utama di pulau Hokkaido, terkenal dengan tempat luncur salji, menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 1972 dan pada setiap Februari mengadakan festival salji di mana arca ais besar menarik puluhan ribu pengunjung.

    “Suhu di Sapporo mencecah 26 darjah Celsius, dan masih lagi meningkat,” beritahu Shuichi Yoshida, seorang pegawai di ibu pejabat wilayah Agensi Meteorologi Jepun (JMA), kepada AFP hari ini.

    Ia adalah paling awal di mana suhu di bandar itu melepasi 25 darjah Celsius, yang diklasifikasikan oleh JMA sebagai ‘hari musim panas’, sejak rekod bermula pada 1877.

    “Kami tidak boleh menolak kemungkinan bahawa perubahan iklim telah memainkan peranan dalam suhu tinggi tersebut,” kata Yoshida.

    Faktor lain seperti sistem tekanan tinggi mungkin turut menyumbang, tambahnya.

    Secara purata antara 1991 dan 2020, suhu tertinggi di Sapporo pada 15 April ialah 11.5 darjah Celsius, kata JMA. Sebelum ini, suhu 25 darjah Celsius paling awal dicatat pada 20 April 1998.

    Di peringkat global, tahun ini telah menyaksikan fenomena iklim melampau dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau, sekali gus memerlukan tindakan yang lebih pantas untuk menangani pemanasan global. – AFP

    Seorang kanak-kanak bermain salji pada Festival Salji Sapporo ke-73 di Taman Odori di Sapporo, Jepun pada Februari 2023. Suhu di Sapporo melepasi 25 darjah Celsius paling awal pada tahun ini iaitu pada 15 April 2024. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    April bulan terpanas dalam rekod Hong Kong

    HONG KONG, 2 MEI - Hong Kong merekodkan bulan April adalah paling panas sejak rekod meteorologi bermula pada 1884, menurut pemerhati cuaca bandar itu. Suhu...