MUMBAI, 21 JULAI – Hujan monsun melanda hab kewangan India di Mumbai, kelmarin, menyebabkan sebahagian bangunan kediaman runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang, kata seorang pegawai perbandaran.
Seorang wanita maut dan empat lagi cedera selepas bahagian bangunan empat tingkat runtuh di Grant Road, pinggir bandar yang mewah di selatan bandar itu.
“Wanita yang maut itu bukan penghuni bangunan itu,” beritahu jurucakap badan perbandaran bandar itu kepada AFP.
Jurucakap tersebut tidak mengesahkan sama ada ada penduduk bangunan itu hilang atau telah terperangkap di bawah runtuhan. – AFP