Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ibu jari budak 6 tahun tersepit di eskalator

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Tindakan cekap anggota bomba dan penyelamat telah berjaya mengeluarkan ibu jari kaki seorang kanak-kanak yang tersepit di eskalator dalam kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Gadong pada malam, 15 September lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, enam orang anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Beribi yang diketuai oleh Pemangku DSO Mohd Rafie telah dikejarkan ke lokasi kejadian pada pukul 8:25 malam.

    Apabila tiba di tempat kejadian, mereka mendapati bahagian ibu jari kaki seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun telah tersepit di eskalator.

    Anggota bomba segera bertindak mengeluarkan kaki mangsa menggunakan perkakas spreader, dan berjaya dilepaskan daripada eskalator dalam masa 2 minit.

    Mangsa dibawa ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk rawatan selanjutnya.

    Tindakan cekap anggota bomba dan penyelamat dalam masa hanya dua minit telah berjaya menyelamatkan ibu jari kaki seorang kanak-kanak yang tersepit pada eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Gadong baru-baru ini. – Gambar serahan Jabatan Bomba dan Penyelamat
    Anggota bomba berusaha untuk melepaskan kaki kanak-kanak lelaki berkenaan yang tersepit di eskalator. – Gambar serahan JBP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...