Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ibu pejabat parti Imran Khan diserbu

    ISLAMABAD, 22 JULAI – Polis Pakistan menyerbu ibu pejabat parti bekas perdana menteri Imran Khan yang dipenjara, hari ini, seminggu selepas kerajaan yang disokong tentera itu berikrar untuk mengharamkan gerakan politik tersebut.

    Seorang wartawan AFP di tempat kejadian melihat ibu pejabat Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) Imran Khan ditutup oleh pegawai, yang membawa beberapa pekerja parti masuk ke dalam van yang menunggu.

    Media Pakistan pada mulanya melaporkan pengerusi parti, Gohar Ali Khan, seorang peguambela, adalah antara yang dibawa pergi.

    Bagaimanapun, seorang pegawai di Polis Islamabad, yang meminta untuk tidak dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media, memberitahu AFP bahawa mereka tidak menangkapnya.

    Pegawai itu mengesahkan penahanan Raoof Hasan, iaitu ahli pengasas parti dan ketua jabatan akhbarnya.

    “Raoof Hasan telah ditangkap tetapi polis tidak menangkap Gohar Ali Khan,” kata pegawai polis.

    Dalam dua bulan lalu, sekurang-kurangnya 10 ahli PTI atau saudara mereka telah ditangkap, Hasan memberitahu AFP pada hari Sabtu.

    Dia berkata mereka telah ‘hilang tanpa jejak’. – AFP

    Pegawai polis wanita membawa pekerja wanita PTI yang ditahan dari ibu pejabat parti tersebut ke dalam van polis selepas serbuan keselamatan di Islamabad pada 22 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda