Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Ikan Kirameki cecah jualan AS$30,000

    KANAZAWA, JEPUN, 6 DIS – Ikan mahal Kirameki yang ekornya berwarna kuning telah dijual dengan harga mencecah AS$30,000 atau 4 juta yen di pusat lelongan Kanazawa, Jepun baru-baru ini.

    Ahli Persatuan Koperasi Perikanan Wilayah Ishikawa mencari ikan yang memenuhi kriteria pensijilan Kirameki di pusat lelongan pada Khamis lalu namun hanya seekor – spesimen 15.5 kilogram (kg), 95 sentimeter panjang – telah diiktiraf.

    Kirameki, ikan ekor kuning musim dingin yang layak, diiktiraf sebagai berkualiti premium adalah antara ikan yang dijual di bawah jenama Tennen Noto Kan Buri (ikan ekor kuning liar musim dingin ditangkap di wilayah Ishikawa) yang didaftarkan sebagai satu tanda dagang pada 2006.

    Ia mestilah memenuhi kriteria utama seperti berat sekurang-kurangnya 14kg dan mempunyai ukur lilit mencukupi tanpa cacat celanya.

    Pada hari tersebut, 10 ekor ikan ditangkap oleh 18 operator perikanan diperiksa bagi kemungkinan pengesahan. Ikan Kirameki yang diiktiraf telah ditangkap oleh nelayan dari bandar Nanao, wilayah Ishikawa. – ANN/The Japan News

    Ikan Kirameki premium berekor kuning yang telah menerima pengiktirafan dijual dengan harga AS$30,000. – ANN/The Japan News
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...