Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Isu monopoli import beras tidak harus dipolitikkan

    PUTRAJAYA, 6 DIS – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata isu monopoli import beras yang dikuasai tokoh korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak harus dipolitikkan kerana usaha itu berniat membantu pesawah miskin.

    Anwar berkata beliau berbincang baik dengan Syed Mokhtar yang telah bersetuju memberi balik RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada petani.

    “… dan akan berunding semula dengan Kementerian Kewangan (MOF) bagaimana Padiberas Nasional Bhd (Bernas) boleh memberi jaminan keselesaan dan keadilan kepada pesawah padi yang miskin,” kata beliau pada sidang media selepas memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Anwar hanya berani menegur Syed Mokhtar berbanding tokoh korporat terkaya di Malaysia yang lain kerana beliau Melayu dan mudah dibuli.

    Anwar berkata keputusan yang diambilnya bukan mudah kerana terpaksa berdepan dengan konglomerat sama seperti keputusan yang diambil untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas perjudian daripada 22 kali kepada lapan kali yang menyebabkan segelintir pihak berkata beliau anti Cina kerana melibatkan syarikat-syarikat Cina. 

    “Saya tidak ambil kelulusan tanpa berunding. Saya kenal dia dan saya tahu dia syarikat besar, bukan maksud saya nak robohkan empayar dia tetapi saya kata buatlah keuntungan dan saya beri jaminan mana-mana pelabuhan di Tanjung Pelepas yang saya akan arahkan Kementerian Pengangkutan dan MOF akan cari jalan bantu supaya dapat diperbaiki dan ditambak,” kata beliau. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang media di Kementerian Kewangan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...