Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Institut KEMUDA perkenal pelbagai program

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Dalam usaha untuk menawarkan pendidikan pengajian tinggi dalam kursus teknologi maklumat untuk pelajar dan masyarakat umum Negara Brunei Darussalam selain membantu pelajar bersedia menghadapi masa depan, Institut KEMUDA kini menawarkan kursus-kursus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pembelajaran di institut berkenaan.

    Kursus yang ditawarkan adalah Pearson BTEC HND Peringkat 5 dalam Pengkomputeran, Diploma Peringkat 3, Sijil Peringkat 2 dan Diploma Pengenalan Peringkat 1 dalam Teknologi Maklumat.

    Dalam kenyataan yang diterima dari Institut KEMUDA, kelayakan BTEC Peringkat 1 dan 2 dikhususkan untuk membantu pelajar yang ingin mendapatkan pengetahuan asas dalam IT, manakala Diploma Peringkat 3 pula, adalah bagi menyiapkan pelajar untuk menceburi bidang pekerjaan.

    BTEC Peringkat 5 sebaliknya, dapat membantu menangani keperluan yang semakin meningkat untuk laluan pendidikan profesional dan teknikal berkualiti tinggi dengan menyediakan pelajar dengan pandangan yang jelas kepada pekerjaan.

    Selain itu, NCC Education juga ditawarkan di Institut KEMUDA, iaitu NCC Diploma Peringkat 4 dan Peringkat 3 dalam pengkomputeran.

    Pelajar mengikuti program yang dianjurkan oleh Institut KEMUDA. Gambar serahan Institut KEMUDA

    Salah satu program yang juga ditawarkan ialah Universiti Teknologi Brunei (UTB)-SP Bridging for BriTE (Bridging Programme).

    Program ini dilihat sebagai laluan kepada pemohon yang kekurangan mata A Level atau IB yang akan digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan minimum untuk program Sarjana Muda Kejuruteraan UTB.

    Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas pemohon dalam matematik dan sains yang diperlukan bagi melanjutkan pengajian ke program ijazah kejuruteraan.

    Pelajar yang telah berjaya menamatkan program BriTe berkelayakan untuk masuk ke program ijazah kejuruteraan tahun pertama di UTB.

    Di samping itu, terdapat juga kursus pendek peringkat profesional bagi mana-mana pelajar yang berminat untuk menimba ilmu serta meningkatkan diri, termasuk Cyber Security, Data Analytics, Artificial Intelligence dan Adobe Certified Professional.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda