Pelakon dan pengacara Irma Hasmie berkongsi berita duka kehilangan ibunya, Ropitah Robiah yang meninggal dunia pada 27 April lalu. Perkhabaran tersebut baru sahaja dikongsikan Irma, 41, di akaun Instagramnya kelmarin setelah genap seminggu pemergian Allahyarham. Dalam perkongsian sama, Irma yang kini terlibat aktif dengan aktiviti dan kerja-kerja amal itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua