Wednesday, June 26, 2024
28.8 C
Brunei

    -

    Irving pamer prestasi luar biasa

    LOS ANGELES, 16 MAC – Kyrie Irving menjaringkn 60 mata dalam aksi mengagumkan ketika Brooklyn Nets melanjutkan siri kemenangan NBA mereka dengan membenam Orlando Magic 150-108 semalam.

    Bintang Nets Irving – yang berjaya mengumpul 50 mata pada minggu lalu dalam kemenangan ke atas Charlotte – memberikan satu persembahan yang luar biasa ke atas Magic di Pusat Amway di Orlando.

    Prestasi Irving mengatasi 57 mata terbaik dalam kerjayanya sebelum ini, dicatat pada 2015 ketika bermain untuk Cleveland Cavaliers dalam kemenangan ke atas San Antonio Spurs.

    “Saya rasa teruja,” kata Irving selepas permainan epiknya.

    “Ia benar-benar membuktikan cara kami bermain sebagai satu pasukan – kami saling memberikan keyakinan di antara satu sama lain dan melakukan perkara yang betul.

    “Apabila awda boleh mendapat 60 dalam permainan dan ia tidak kelihatan seperti terpaksa, dan awda tidak mempunyai terlalu banyak jaringan teruk, dan awda pergi ke bangku dan rakan memberikan sokongan kepada awda, memberitahu awda supaya mengejar rekod – ia menjadikan bola keranjang amat berbaloi.”

    Reaksi Kyrie Irving meraikan mata jaringan bersama Kevin Durant selepas dia meraih mata ke-60 dalam separuh masa kedua menentang Orlando Magic, kelmarin. – AP

    Bintang kelahiran Australia berusia 29 tahun itu mencatat 20 daripada 31 mata, melaku lapan daripada 12 percubaan dari luar lengkung.

    Prestasi yang bersemangat dari Irving nampaknya tidak dapat dielakkan selepas separuh masa pertama yang sengit daripada Brooklyn.

    Nets mengumpul 48 mata dalam suku pertama sahaja sebelum menambah 38 dalam suku kedua untuk mendahului 86-56 pada separuh masa pertama.

    Irving menyumbang 41 mata dalam separuh masa itu, meninggalkannya 16 mata kurang daripada rekod individunya.

    Ia adalah kali pertama pemain berlainan yang telah mengumpul 60 mata atau lebih pada malam berturut-turut daam NBA sejak 1962. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kelahiran Korea Selatan kembali pulih pada bulan April

    SEOUL, 26 JUN - Kelahiran di Korea Selatan kembali pulih dalam tempoh 19 bulan di tengah-tengah kebimbangan yang berlarutan mengenai penurunan berterusan dalam jumlah...