Pada usia 38 tahun, vokalis kumpulan Indonesia, D’Masiv iaitu Rian mendedahkan dia tidak mempunyai lesen memandu kereta atau motosikal.
Rian atau Rian Ekky Pradipta memberitahu dia ada berhasrat untuk mendapat lesen memandu tetapi isterinya iaitu Sri Ayu Murtisari melarangnya berbuat demikian.
“Saya tidak boleh memandu kereta atau menunggang motosikal sebab tiada lesen.
“Isteri saya pula melarang saya mengambil lesen,” katanya.
Memetik laporan mStar, Rian memberitahu dia mahu mengambil lesen kerana berasa kasihan terhadap isterinya yang terpaksa menghantar dan menjemputnya jika ada terlibat dalam sebarang persembahan pentas.
Bagaimanapun Sri Ayu tetap melarangnya belajar memandu dan meminta dia fokus terhadap kariernya sebagai penyanyi.
“Saya kasihan melihat dia memandu sepanjang masa tapi nak buat macam mana isteri tak izin ambil lesen.
“Sekarang saya sudah tiada keinginan nak belajar memandu kereta atau motosikal sebaliknya hanya berharap kepada isteri menghantar atau menjemput saya,” katanya. – Agensi