Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jaehyun NCT bakal sertai unit pancaragam tentera

    Anggota kumpulan NCT iaitu Jaehyun dilaporkan bakal menyertai latihan ketente-raan bermula 4 November depan.

    Menurut mStar yang memetik laporan Allkpop, Jaehyun bakal diletakkan di bawah unit pancaragam tentera.

    Vokalis itu dijadualkan bakal memulakan latihan asas terlebih dahulu sebelum menyertai kumpulan pancaragam berkenaan.

    Dalam pada itu, syarikat pengurusan SM Entertainment memberitahu sesi kemasukan Jaehyun akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.

    Susulan itu, peminat diminta agar tidak datang ke lokasi kem bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau kejadian tidak diingini.

    “Jaehyun NCT dijadualkan menjalani khidmat tentera pada 4 November bagi memenuhi kewajipannya.

    “Pada hari kemasukannya ke pusat latihan, tidak akan ada acara rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah disebabkan kesesakan kerana ramai anggota tentera lain akan hadir.”

    Difahamkan, Jaehyun merupakan anggota NCT kedua bakal memulakan latihan ketenteraan selepas ketua kumpulannya, Taeyong. Jaehyun dijangka bakal menamatkan latihan ketenteraan pada 5 Mei 2026. – Agensi

    Jaehyun bakal diletakkan di bawah unit pancaragam tentera. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda