Tuesday, October 8, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai kempen derma darah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada esok, 9 Oktober di Dewan Seri Kenangan, Daerah Tutong Sempena Jerayawara Badudun Bersama Biskita anjuran Radio Televisyen Brunei bermula pukul 10 pagi hingga pukul 2 petang,

    Kempen turut diadakan pada 10 Oktober di Aras Bawah Bangunan Jabatan Bandaran, Jalan Perdana Menteri Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Seri Begawan Ke-54 Tahun bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 11 pagi serta pada 12 Oktober di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Kampung Manggis Madang anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi dan pukul 1 petang hingga pukul 3 petang.

      Jadual dari notis serahan Kementerian Kesihatan.

    Manakala itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait juga akan mengadakan kempen derma darah pada 11 Oktober di Tingkat Bawah, Pusat Membelia-belah KB Sentral anjuran Jolibee Brunei bermula pukul 9 pagi hingga pukul 11.30 pagi dan pukul 2 petang hingga pukul 3 petang.

     Jadual dari notis serahan Kementerian Kesihatan.

    Di samping itu, orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi menderma darah pada waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi dan pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang sama-sama membantu meningkatkan bekalan stok darah negara.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda