Monday, January 20, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 orang

    KOTA KINABALU, 19 JAN – Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga, pagi ini.

    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 993 mangsa daripada 338 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Pitas, manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

    “Tiada hujan turun pagi ini di daerah Pitas dan Paitan,” menurut kenyataan itu.

    Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pitas, Asdi@Mohd Faizal Hussin memaklumkan keadaan cuaca semakin baik dan 15 jalan di daerah itu sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda