Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kakitangan Baiduri belajar cara tangani insiden kebakaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan kebakaran, seramai 17 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Bank Baiduri telah mengikuti Kursus Marsyal Bomba di bawah kendalian Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) bertempat di ibu pejabat bank, di ibu negara, kelmarin.

    Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu telah mengetengahkan kepentingan keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal dalam kalangan peserta. Antara yang disentuh ialah faktor dan punca yang membawa kepada kebakaran dan juga mengetahui segala tindakan yang perlu dilakukan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan mengadakan latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul serta langkah untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan apabila berlakunya kebakaran.

    Di samping itu, para peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke Balai Bomba Bandar Seri Begawan untuk mengenali perkakas dan peralatan yang digunakan semasa operasi memadam kebakaran dilaksanakan.

    Antara kakitangan Bank Baiduri yang mengambil bahagian semasa sesi latihan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...