Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran di tapak pembinaan di China ragut 9 nyawa

    BEIJING, 8 DIS – Kebakaran telah meragut sembilan nyawa di tapak pembinaan di China timur, kata biro pengurusan kecemasan tempatan hari ini.

    Kebakaran berlaku sekitar pukul 1petang kelmarin apabila bahan penahan haba terbakar di sebuah gudang yang belum siap di bandar Rongcheng, wilayah Shandong, seperti dinyatakan oleh biro kecemasan dalam kenyataan yang disiarkan oleh media sokongan kerajaan.

    Biro kecemasan menyatakan kelmarin bahawa sembilan orang dilaporkan hilang ketika usaha memadamkan kebakaran dan operasi menyelamat dijalankan.

    Biro itu menyatakan dalam kenyataan lain hari ini bahawa semua mangsa telah ditemui tanpa sebarang tanda hidup.

    Punca kejadian sedang disiasat, menurut kenyataan tersebut.

    Kebakaran maut agak biasa berlaku di China disebabkan oleh peraturan bangunan yang longgar dan pendekatan yang cuai terhadap keselamatan di tempat kerja.

    Kebakaran di bandar utama Chengdu pada bulan Oktober menyebabkan 24 orang dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan, lapor media kerajaan.

    Pada Julai, kebakaran di sebuah pusat membeli-belah di bandar Zigong, kawasan barat daya, mengakibatkan 16 kematian. – AFP

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda