Tuesday, October 8, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kegagalan mekanikal punca kemalangan maut di Yangon

    YANGON, 8 OKT – Kemalangan maut di Yangon mengakibatkan dua kematian dan menyebabkan 26 yang lain cedera parah, kata seorang pegawai dari organisasi penyelamat, Myint Myat Saytanar kepada Xinhua hari ini.

    Kemalangan itu berlaku kelmarin sekitar jam 6 petang waktu tempatan di daerah Hmawbi apabila sebuah kenderaan yang membawa 71 pekerja pakaian terbalik akibat kegagalan mekanikal, katanya.

    Selain daripada kematian, 26 orang mengalami kecederaan serius, manakala yang lain mengalami cedera ringan, tambahnya. Semua individu yang cedera telah dibawa ke hospital oleh organisasi penyelamat tempatan, kata pegawai itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda