WASHINGTON, 11 JAN – Kejohanan Trek dan Balapan Amerika Syarikat (AS) yang dirancang akan berlangsung bulan depan di New Mexico dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, Persekutuan Trek dan Balapan AS mengumumkan.
Kejohanan itu dijangka berlangsung pada 20 dan 21 Februari di Albuquerque. Juga dibatalkan adalah acara gabungan yang akan dijalankan sebagai sebahagian daripada acara tersebut.
Barisan pakar perubatan dan sains berusaha keras untuk memastikan kejohanan itu dilangsungkan dengan protokol keselamatan.
Namun menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan kerajaan, “sekatan dilakukan di seluruh New Mexico dan cabaran logistik untuk acara itu terlalu sukar untuk ditangani.”
Ia akan menjadi kali pertama kejohanan itu tidak dipertandingkan sejak mula dianjurkan pada 1958.
Antara atlet yang tidak berpeluang mempertahankan gelaran tahun ini adalah Ryan Crouser, juara bertahan Olimpik yang memenangi gelaran AS dalam dewan pada 2019 dan 2020.
Kejohanan tertutup dunia 2020 yang dijadualkan semula berlangsung pada Mac 2021 di China turut ditunda pada 2023.
Acara Jelajah Atletik Dunia yang dijadualkan pada 13 Februari di Boston, telah dijadualkan semula pada bulan Disember setelah Sukan Millrose di New York dibatalkan. Pertemuan lain dalam siri ini akan diadakan di Jerman, Perancis, Poland dan Sepanyol. – AFP