Monday, September 30, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kem Pendidikan anjur kejohanan futsal raikan Hari Guru

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Pasukan SMSS berjaya menjuarai Kejohanan Peringkat Akhir Futsal Sempena Sambutan Hari Guru Ke-34 anjuran Kementerian Pendidikan di Dewan Tertutup, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) kelmarin.

    Manakala Naib Johan, Pasukan Kluster 2, dan tempat ketiga dari Pasukan Guru-Guru Ugama, Jabatan pengajian Islam (JPI).

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Kejohanan Futsal ini merupakan salah satu aktiviti sukan dan riadah yang dianjurkan untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Hari Guru Ke-34, Tahun 2024 dengan penyertaan sebanyak 28 pasukan dan 4 buah pasukan telah bertanding di peringkat akhir kelmarin.

    Penyertaan bagi kejohanan ini telah dibukakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk tenaga pengajar yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) iaitu bagi Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Antara tujuan kejohanan ini adalah untuk menggalakkan warga Kementerian Pendidikan dan KHEU bergiat aktif serta berdaya saing dalam sukan dan memupuk semangat harmoni dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan kedua-dua kementerian tersebut.

    Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan selaku Jawatankuasa Acara-Acara Sukan Bagi Sambutan Hari Guru Ke-34, Tahun 2024.

    Sebahagian daripada aksi bersemangat para pemain dalam kejohanan futsal berkenaan.
    Pasukan SMSS menerima hadiah daripada Awang Aliuddin. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Di ambang malam