Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kembali ke sekolah dalam ‘mood raya’

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Walaupun masih dalam ‘mood raya’, sesi persekolahan di negara ini akan bermula esok setelah hampir empat minggu cuti sekolah sempena bulan Ramadan dan Syawal.

    Seperti lazminya, rutin harian dan kesibukan akan mula dirasakan di mana bagi yang bergelar ibu sudah pasti akan sibuk mempersiapkan bekal untuk anak-anak mereka terutama yang mengikuti pendidikan integrasi, dan tidak kurang juga jalan-jalan raya akan mula sibuk seawal pukul 6:30 pagi.

    Manakala itu, bagi pelajar yang tinggal di asrama pula, mereka telah pun pulang ke asrama sehari sebelum bermula sesi persekolahan.

    Temu bual media dengan Awang Haidar yang mengikuti pendidikan di asrama mengongsikan perasaannya dengan berkata, sudah pasti kerinduan berpisah dengan keluarga masih dirasakan lebih-lebih lagi masih dalam minggu pertama Syawal.

    Beliau yang kembali ke asrama sehari sebelum sesi persekolahan bermula berkata, “Dalam yang lain masih saja sibuk berhari raya dan menggunakan cuti terakhir hari raya sebelum kembali ke sekolah esok, kami selaku pelajar asrama, hari terakhir bercuti bersama keluarga digunakan membuat pelbagai persiapan keperluan dan buku-buku untuk dibawa kembali ke asrama.”

    Awang Muhammad Abdel Fattah mengambil kesempatan beraya di rumah kawannya. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Dayang Nur Auni Wasi’ah gembira dapat bertemu kawan rapatnya semasa sambutan hari raya. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Gambar Freepik

    Manakala itu, seorang ibu kepada empat cahaya mata, Dayang Mazlina Deli pula mengongsikan persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

    “Dalam suasana masih berhari raya, persiapan persekolahan anak-anak perlu juga diutamakan memandangkan esok akan bermula sesi persekolahan setelah bercuti panjang,” ujarnya.

    Seperti biasa, persiapan sekolah mesti dibuat lebih awal iaitu pada sebelah pagi untuk memastikan peralatan dan keperluan anak-anak ke sekolah semua lengkap tersedia.

    Jika membuat persiapan persekolahan pada sebelah malam, jelasnya, dikhuatiri ada yang belum siap membuat tugasan sekolah yang diberikan.

    Menurutnya lagi, ada juga pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula.

    Segala tugasan sekolah anak-anak sudah dibuat semasa cuti Ramadan lagi dan ini adalah bagi mengelakkan anak-anak hilang fokus dalam membuat kerja sekolah mereka apabila ia dibuat semasa dalam kesibukan menyambut hari raya, tambahnya.

    Sementara itu, Awang Muhammad Abdel Fattah dan Dayang Nur Auni Wasi’ah pula menyatakan perasaan tidak sabar untuk kembali ke sekolah bertemu kawan-kawan untuk berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...