Thursday, May 2, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Peminat tuduh Rose Blackpink buat pembedahan kelopak mata

    Perubahan ketara pada wajah anggota kumpulan Blackpink iaitu Rose menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat di media sosial ketika ini.

    Ramai mendakwa Rose, 27, melakukan pembedahan plastik pada bahagian kelopak mata yang kelihatan berbeza.

    Tidak hanya cakap kosong, peminat turut melakukan perbandingan foto Rose yang jelas menunjukkan kelopak matanya lebih menonjol dan tebal.

    Disebabkan itu, peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Rose kerana merasakan selebriti perlu berhenti dengan obsesi menukar wajah mereka melalui pembedahan plastik.

    Malah ramai merasakan wajah Rose tidak lagi sama dan cantik selepas melakukan pembedahan tersebut.

    Ada di antara peminat mempertahankan Rose dengan mengatakan penyanyi itu hanya meletak pita pada bahagian kelopak mata .- mStar

    “Dia sudah menawan secara semula jadi. Ketamakan manusia benar-benar tiada kesudahan.

    “Wajah asli Rose lebih cantik berbanding sekarang. Kenapa dia perlu melakukan pembedahan? Tiada salahnya memiliki mata sepet,” komen warganet.

    Bagaimanapun, ada pula di antara peminat mempertahankan Rose dengan mengatakan penyanyi itu hanya meletak pita pada bahagian kelopak mata.

    Malah ia salah satu kaedah biasa digunakan oleh selebriti bagi mendapatkan kesan kelopak mata lebih tebal dan terbuka.

    “Ini bukan kali pertama Rose pakai pita di bahagian kelopak mata!

    “Tapi kalau betul pun dia buat pembedahan plastik, kenapa kita perlu peduli?,” komen warganet lain pula. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...