Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kerja seni artis kurang upaya dipamerkan

    SEOUL, 11 OGOS – Kementerian kebudayaan akan mengadakan pameran seni khas oleh artis kurang upaya di bekas perkarangan perumahan Cheong Wa Dae sebagai program pertama yang bakal diadakan di bawah rancangan untuk menggunakan fasiliti tersebut sebagai pusat seni.

    Pameran itu akan dibuka pada 31 Ogos dan berlangsung selama tiga minggu di tingkat kedua bangunan Chunchugwan, sebelum ini digunakan sebagai pusat media, dalam perkarangan di tengah Seoul, kata Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan dalam kenyataan akhbar semalam.

    Turut dipamerkan adalah 50 kerja seni beberapa artis kurang upaya, termasuk Jung Eun-hye, seorang artis karikatur yang memukau orang ramai dengan persembahannya sebagai watak penghidap sindrom Down dalam drama popular tvN Our Blues.

    Ia menandakan pameran pertama yang diadakan di Cheong Wa Dae selepas kementerian mengumumkan satu rancangan pada bulan lalu untuk mengubah tapak berkenaan kepada kompleks kebudayaan serba guna. – Yonhap/The Korea Times

    Peserta pameran khas hasil kerja artis kurang upaya di bekas bangunan presiden Cheong Wa Dae di Seoul bercakap semasa bertemu dengan pegawai kementerian kebudayaan. – Yonhap/The Korea Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...