Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Serena Williams beri bayangan bersara dari sukan tenis

    ISTANBUL, 11 OGOS – Jaguh tenis lagenda dan juara perseorangan grand slam 23 kali, Serena Williams, membayangkan akan bersara daripada sukan itu selepas kejohanan tenis Terbuka AS tahun ini, lapor Agensi Anadolu.

    “Saya kurang gemar dengan perkataan bersara. Ia bukan perkataan moden bagi saya. Saya ingin menyebutnya sebagai satu peralihan, tetapi mahu berhati-hati akan cara saya menggunakan perkataan itu,” kata Williams dalam satu temu bual dengan majalah Vogue pada Selasa.

    “Mungkin perkataan terbaik untuk menggambarkan apa yang saya lakukan adalah evolusi. Saya ingin katakan bahawa saya secara perlahan-lahan ingin beralih kepada perkara lain yang penting bagi saya,” tambah Williams.

    Selain itu ujarnya, kali terakhir beliau menjuarai Grand Slam adalah pada 2017 menerusi Terbuka Australia di saat dirinya disahkan hamil dua bulan. Namun kemunculannya selepas bersalin nyata memberi impak apabila berjaya menempah slot ke final Terbuka AS bagi edisi 2018 dan 2019 serta Terbuka Wimbledon (2018 dan 2019).

    Willaims, yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aelxis Olympia Ohanian Jr berkongsi di Instagram, berkata “kiraan detik untuk berundur telah bermula.”

    “Sayangnya saya tidak bersedia untuk memenangi Wimbledon tahun ini. Dan saya juga tidak pasti sama ada sudah bersedia memenangi New York. Tetapi saya akan mencuba. Dan persaingan pendahuluan akan menjadi menyeronokkan,” tulisnya.

    Serena Williams sehingga kini kekal menjadi satu-satunya bintang tenis yang masih aktif dengan rekod pencapaian Grand Slam tertinggi dengan 23 dan menduduki tempat ke-407 dunia, termasuk menjuarai enam Terbuka AS, dalam perseorangan wanita. – Bernama

    Serena Williams ketika meninggalkan gelanggang tenis sambil memegang sejambak bunga selepas tewas kepada Belinda Bencic dari Switzerland. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...