Sunday, January 26, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kilang senjata meletup, lapan pekerja maut di India

    NEW DELHI, 24 JAN – Sekurang-kurangnya lapan pekerja dilaporkan maut dalam letupan di sebuah kilang senjata milik kerajaan di India pada pagi tadi.

    Letupan berlaku di daerah Bhandara negeri Maharashtra, kira-kira 825 kilometer dari ibu kota Mumbai.

    Seramai 14 pekerja bertugas di bahagian kilang tempat letupan berlaku dan terperangkap akibat bumbung runtuh, lapor media tempatan.

    Sekurang-kurangnya enam orang ditarik keluar dari runtuhan, menurut laporan awal.
    “Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.

    Semua usaha sedang dilakukan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas,” kata Menteri Pertahanan India Rajnath Singh. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda