Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korea Utara dijangka tutup sempadan Selatan

    SEOUL, 9 OKT – Tentera Korea Utara berkata hari ini ia akan menutup dan menyekat sempadan selatan dengan Seoul secara kekal dan telah memaklumkan kepada tentera Amerika Syarikat bagi mengelakkan pertempuran.

    Dalam satu kenyataan, Pyongyang berkata ia akan menyekat jalan dan landasan kereta api yang mungkin suatu hari nanti memudahkan perjalanan antara kedua-dua Korea.

    Sementara Korea Utara hari ini menyifatkan langkah itu sebagai langkah ketenteraan utama, seorang penganalisis mencadangkan ia berkemungkinan merupakan proses yang telah lama dirancang.

    Hubungan antara Korea mencecah tahap paling teruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan Pyongyang menutup agensi khusus untuk penyatuan semula dan mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utama.

    Negara bersenjata nuklear itu dijangka membatalkan perjanjian penting antara Korea yang ditandatangani pada 1991 pada mesyuarat Parlimen yang berakhir kelmarin, di mana ia merupakan sebahagian daripada usaha Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, untuk mentakrifkan Korea Selatan secara rasmi sebagai negara musuh.

    Bagaimanapun, dalam laporan hari ini yang mendedahkan nama ketua pertahanan baharu, media rasmi kerajaan tidak menyebut bahawa perjanjian itu telah ditamatkan. – AFP

    Pagar pengadang diletakkan berhampiran Jambatan Penyatuan, yang menghala ke Panmunjom di Zon Bebas Tentera di Paju, Korea Selatan pada 9 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda