Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KPT Thailand hasrat main peranan penting maju industri halal

    SONGKHLA, 30 OGOS – Kementerian Pengajian Tinggi Thailand berhasrat memainkan peranan penting dalam industri halal dalam usaha memajukan ekonomi negara.

    Ketua Pengarah Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, Permsuk Sutchaphiwat berkata industri halal bukan sahaja melibatkan makanan tetapi juga merangkumi produk kosmetik, pelancongan dan seminar atau forum akademik.

    Menurut beliau, kementerian memberi tumpuan serius terhadap pembekalan barangan halal yang berpotensi menjana pendapatan baharu kepada ekonomi negara, khususnya dalam industri halal.

    “Thailand mempunyai potensi yang besar dari segi bekalan sumber alam yang mencukupi serta sektor perkhidmatan yang meluas, khususnya pelancongan dan kesihatan.

    “Kementerian menyasarkan untuk memainkan peranan penting dalam memajukan sektor halal di Thailand dengan bantuan penyelidikan dan inovasi daripada institusi pendidikan di negara ini,” katanya selepas menghadiri persidangan World HAPEX 2024, kelmarin.

    Permsuk juga menyatakan bahawa Universiti Prince of Songkla (PSU) dan Universiti Chulalongkorn telah menyediakan makmal khusus untuk kajian produk halal yang akan dipasarkan ke luar negara, bagi meningkatkan keyakinan pasaran dunia Islam. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda